} -->
DARUL HIKMAH :)

Menu Utama

  • Laman Utama
  • Info Darul Hikmah
  • Galeri Foto
  • Video
  • NILAM

widgets

Info Darul Hikmah

SEJARAH PENUBUHAN PSS

Pusat Sumber sekolah SMKASR telah berkembang selari dengan peredaran zaman dan teknologi. Konsep PSS sebagai ‘payung’ kepada sekolah telah dimanfaatkan dengan menamakan semula PSS SMKASR kepada Darul Hikmah SMKASR.

PSS SMKASR wujud seawal penubuhan SMKA Sharifah Rodziah pada tahun 1970. Ketika itu PSS atau perpustakaan hanya ditempatkan di dalam bilik darjah dengan kemudahan dan buku yang terhad. Penambahan blok bangunan telah membolehkan perpustakaan bertukar lokasi ke bangunan baru iaitu Blok D. Sesuai dengan tuntutan dasar pendidikan, sebuah bilik tayang juga dapat diwujudkan (ditempatkan bersebelahan perpustakaan). Sesuai dengan awal pembinaan, bilik tayang hanya dilengkapi dengan dua buah TV dan tiga buah radio. Namun, keluarga As-Sharifah memanfaatkan sesungguhnya kemudahan yang ada. Pada tahun 1988 dan 1992 iaitu dalam pertandingan Perpustakaan Terbaik, Perpustakaan SMKA Sharifah Rodziah telah memenagi hadiah sagu hati, PSS SMKASR pada masa lalu sungguh terhutang budi kepada bekas pengetuanya pada masa itu iaitu Pn Hajjah Jumaiyah binti Hashim. Hal ini kerana dengan usaha gigih beliau sebuah bilik komputer telah diwujudkan pada tahun1990. Sebanyak 10 buah komputer telah ditempatkan di bilik tersebut dan kelas komputer dijalankan pada sebelah petang. Pada tahun yang sama PSS SMKASR telah mencapai satu lagi tahap yang membanggakan apabila sekolah mendapat peruntukan untuk membina blok tambahan iaitu Blok E. Sebuah makmal bahasa dan sebuah bilik komputer kekal telah diwujudkan. Bilik makmal bahasa yang kurang pengaplikasiannya, akhirnya bertukar fungsi menjadi Bilik Media dan Bilik ABM serta Bilik Audio Visual(Bilik Rakaman Mini)

Pada tahun 2000, Pengetua iaitu Pn Nor Hayati Lebai Isa dan Guru Penolong kanan 1, Yang Berbahagia Datin Hajjah Hasiah binti Hassan telah melihat PSS SMKASR perlu dimurnikan. Beberapa usaha telah dilakukan. Antaranya ialah menjadikan Bilik Komputer dan Bilik Bestari dengan memuatkan16 buah komputer sumbangan PIBG serta menaiktarafkan perkhidmatan dan pentadbiran PSS. Demi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PSS, dua buah komputer telah disumbangkan ke perpustakaan. Sumbangan ini menggerakkan usaha untuk mengoutomasikan sistrem PSS dan projek ini merupaka satu inovasi yang akhirnya berjaya meletakkan PSS SMKASR di tempat pertama pada Pertandingan PSS Cemerlang 2003 peringkat Negeri Melaka (Luar Bandar). Pada 2001, PSS SMKASR telah dinamakan semula iaitu hasil cadangan Pn Nor Hayati Lebai Isa. Kejayaan manis terus berbunga apabila Darul Hikmah turut dicalonkan ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan PSS Cemerlang tahun 2004. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, beberapa lokasi disekitar kawasan sekolah telah diwartakan sebagai sudut Sumber dengan mengambil pakai konsep “Sumber Di mana-mana”.








Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Comments (Atom)


Penawar Hati


Pautan Ilmiah

  • Portal Rasmi SMKA Sharifah Rodziah
  • PIBG SMKA Sharifah Rodziah
  • Panitia Matematik Tambahan
  • Panitia Matematik
  • Panitia Sejarah
  • Panitia Biologi
  • Panitia Kimia
  • Panitia Fizik
  • Panitia ICT
  • Unit Bimbingan dan Kaunseling

Akhbar Online

  • Bernama
  • Utusan Malaysia
  • Harian Metro
  • Harian Kosmo !
  • Berita Harian
  • Sinar Harian
  • Malay Mail
  • The Star
  • New Straits Times
  • Nanyang Siang Pau
  • Tamil Nesan
LAIN-LAIN PAUTAN







Info Terkini

Anda adalah pengunjung ke :

free hit counter

Kotak Suara :)

Jejak Tetamu

  • Buku Tetamu

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.